
Apa yang kami telah buat sepanjang menyiapkan tugasan ni ye...?



Wah! terujanya nak buat BBM dengan video..hehe..sebelum pulang beraya lagi kami dah berbincang untuk pemilihan tajuk. Pilih punya pilih, dapat la taju dalam tahun 2 : "Selamat Malam Anakku Sayang " . Masa tu dah siap fikir dah BBM yang nak dihasilkan dan video yang ingin kami buat. Sebelum pulang untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dan bercuti raya Aidilfitri, kami telah siapkan Rancangan Pengajaran Harian terlebih dahulu.


Kemudian, selepas raya, kami terus memulakan penggambaran video kami..hehe...kami juga memulakan penghasilan bahan bantu mengajar. Video? seronoknyer! BBM? seronoknyerr! RPH dengan web ini? pun seronok...dan alhamdulillah, semua dapat siap dengan baik dan kami buat pun semampu kami...harap pengunjung web anakku sayang ni suka dan mengambil manfaat daripada web kami ni...



