

Rancangan pengajaran harian
Halaman ini memuatkan Rancangan Pengajaran Harian bagi tajuk " Selamat malam anakku sayang". Tajuk ini terdapat dalam buku teks tahun 2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM
Butiran Am :
Tarikh : 27 September 2012
Hari : Khamis
Masa : 8.00 – 8.30 Pagi
Kelas : 2 Arif
Bilangan murid : 25 orang
Matapelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Adab dan Akhlak Islamiah
Tajuk : Selamat Malam Anakku Sayang
1.1 Standard Kandungan
Memahami dan mengamalkan adab tidur
1.2 Standard Pembelajaran
Aras 1 : Menyebut 3 adab sebelum tidur
Aras 2 : Membezakan adab sebelum dan selepas tidur
Aras 3 : Membaca doa sebelum dan selepas tidur
Isi Kandungan
Adab Sebelum Tidur dan Selepas Bangun Tidur
Objektif
i. Menyebut 3 adab sebelum tidur
ii. Menyebut 3 adab selepas bangun tidur
iii. Membezakan antara adab sebelum dan selepas tidur
1.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
1.3.1 Soal Jawab
1.3.2 Penerangan
1.3.3 Permainan
1.4 Bahan Bantu Mengajar
1.4.1 Video “Selamat Malam Anakku Sayang”
1.4.2 Slaid Adab Sebelum dan Selepas Bangun Tidur
1.4.3 Replika Rumah 3D
1.5 Pentaksiran
1.5.1 Mewarnakan adab-adab sebelum tidur dengan betul
1.5.2 Menulis semula adab sebelum tidur dan selepas bangun tidur dengan betul.



Ulasan kendiri :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan guru pembimbing :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan pensyarah :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________

